MASJID USAMAH BIN ZAID
MASJID USAMAH BIN ZAID,
NO8, JALAN 2/27A WANGSA MAJU
53300 KUALA LUMPUR.
Masjid Usamah bin Zaid telah dibina pada 12 Mac 2004 oleh kontraktor yang telah di pilih oleh pihak DBKL.terdapat banyak rintangan yang dilalui sepanjang pembinaan masjid ini. sehinggalah, pada 16 Oktober 2008 masjid yang diberi nama Usamah Bin Zaid telah memulakan operasi sepenuhnya dengan laungan Azan pertama pada waktu Maghrib yang berkumandang dari corong-corong speaker masjid berbilalkan Us Mohammad Raimi Bin Zainal serta di imamkan oleh Us Hj Murshidi Bin Abd Hamid merangkap Ketua Imam Masjid Usamah. selain itu, bacaan Yaasin, Tahlil dan Ayat-Ayat Suci Al-Quran serta Zikir menjadi petanda pertama pembukaan Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju bagi meneruskan dan mengembangkan serta memajukan institusi dakwah bagi masyarakat Wangsa Maju. Pembinaan Masjid Usamah yang dibina asas takwa ini mendapat sambutan yang amat menggalakan dari segenap lapisan masyarakat.
Upacara penyerahan bagunan masjid cari DBKL kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 12 Ogos 2008 jam 11.00 pagi. seterusnya pihak jawi telah meletakkan masjid Usamah Bin Zaid ini sebagai masjid dibawah pentadbiran pusat zon 4, masjid ini juga akan menjaga masjid2 yang berada di sekitar zon 4 antaranya ialah, Masjid Mu'adz Bin Jabal, Wangsa Maju, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sri Rampai, Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Masjid Jame'ul Ehsan, Masjid Al-Akram, Dato Keramat, Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa dan 2 buah masjid yang berada di bawak kementerian lain iaitu PDRM dan TENTERA.
Pada 16 Julai 2010, Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju telah diadakan upacara perasmian secara besar-besaran. Upacara itu telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong .Ramai penduduk di kawasan Wangsa Maju telah datang untuk memeriahkan majlis perasmian itu.
Carta Organisasi Masjid
Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
MAIWP
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (JAWI)
Bahagian Pengurusan Kariah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (JAWI)
Penyelaras Zon
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Pentadbir Masjid
Ketua Pentadbir & Ketua Imam:
Haji Murshidi bin Abdul Hamid
Pegawai Hal Islam S41

Imam:
Mohd Norhaj bin Abu Hassan
Penolong Pegawai Hal Ehwal Ialam S27
Imam Rawatib:
Muhammad bin Yusof
Khuzairi bin Yusoff
Mohammad Noor Ihsan bin Kamaruzaman
Ketua Bilal:
Mohammad Raimi bin Zainal
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
Bilal Rawatib:
Mohd Nasuhal @ Mohd Nasir bin Ibrahim
Ahmad Zahiruddin bin Muhammad Zabidi
Bilal:
Ahmad Termizi bin Mustafa
Pembantu Hal Ehwal Islam S17
Noja:
Mohammad Noor Biggs bin Abdullah
Jawatankuasa Kariah
Pengerusi:
Haji Mazlan bin Abdullah
Haji Mazlan bin Abdullah
Timbalan Pengerusi:
Mohamed Fishal bin Ahmad
Setiausaha:
Haji Murshidi bin Abd Hamid
Bendahari:
Khairul Asyraf bin Ahmad
Ahli Jawatankuasa:
Syamsul Ammar bin Shuib
Mohammad Raimi bin Zainal

Ruslan bin Ibrahim
Muhammad Fairud bin Saderi
Mohd Hilmee bin Omar
Syed Abdullah bin Syed Nordin
Kemudahan Masjid
- Kemudahan Sekolah Agama Rendah
Sekolah Rendah Agama adalah sekolah tambahan bagi pelajar-pelajar rendah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang agama. Ini kerana, di sekolah kebangsaan mereka tidak diberi penerangan yang jelas disebabkan dengan kapadatan pelajar dalam sesebuah kelas.Selain itu,banyak matapelajaran lain yang perlu diberi perhatian lebih di sekolah kebangsaan. Sekolah ini mengajar lebih mendalam mengenai bacaan Al-Quran, hukum tajwid, cara menunaikan solat. dan lain-lain.Mengikut generasi sekarang, kebanyakan masjid akan didirikan berserta dengan Sekolah Rendah Agama (SRA). Di Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju juga terdapat SRA yang di beri nama Sekolah Rendah Agama Usamah Bin Zaid. Bangunan sekolah agama mempunyai 2 tingkat, 4 kelas di bahagian bawah dan 8 di bahagian atas. SRA ini juga mempunyai 2 sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sekolah agama ini bukan sahaja untuk pelajar sekolah rendah, tetapi disediakan juga untuk kanak-kanak tadika. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain:
- tandas
- dewan makan
- bilik guru
- ruang pejabat
- bilik guru besar
- bilik penolong kanan
- stor
- bilik tukang masak
- dapur dan sebagainya.
- Kemudahan Masjid
Setiap jemaah yang datang ke masjid pastinya menginginkan keselesaan, kebersihan dan kemudahan yang cukup untuk menunaikan solat. Dengan adanya segala kemudahan, para jemaah dapat menunaikan solat dengan mudah.Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para jemaah yang datang ke masjid. Para pengunjung mendapat keselesaan yang tidak terhingga kerana keluasan tempat untuk menunaikan solat fardhu dan solat sunat adalah sangat luas. Kepadatan jemaah bagi Masjid Usamah Bin Zaid ini juga mencecah sebanyak 8000 jemaah bagi satu-satu masa. Masjid yang dibina diatas keluasan 448618 kp ini mempunyai kompenen yang lengkap bagi memudahan segala urusan. Antara kemudahan yang disediakan :
- wuduk wanita
- wuduk lelaki
- tandas OKU
- bilik jenazah
- tandas
- pantry
- tandas VVIP
- bilik untuk mandi
- bilik Imam
- bilik naqib
- mimbar
- ruang ketibaan utama
- ruang ketibaan satu
- ruang ketibaan dua
- biik suis
- bilik utiliti
- dewan serbaguna
- dewan kuliah 1 & 2
- perpustakaan
- Kemudahan Lain
- Mempunyai 1 blok kuarters 4 unit yang memberi keselesaan Pentadbir Masjid dan memudahkan urusan ahli kariah.
-Sewerage plant
-T.N.B sub station
-Pump room
-Rumah sampah
-Menara
-Jejantas
-Tempat meletak kenderaan 193 ruang
-Tempah meletak motosikal 145 ruang.
Aktiviti Masjid
Pihak masjid pastinya mengadakan pelbagai aktiviti ilmiah untuk dikongsikan kepada para jemaah yang hadir. Sebagai contoh, banyak ceramah yang diadakan bagi setiap sambutan yang umat islam akan meraikan atau sambutan bersejarah mengenai sejarah islam. Ceramah yang diadakan bukan sekadar untuk semua jemaah. Ada juga ceramah yang dikhaskan untuk sesuatu kaum atau golongan. Bukan sekadar aktiviti ilmiah sahaja, tetapi pelbagai aktiviti lain yang dapat dilakukan seperti gotong royong atau majlis perayaan. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan kita sesama islam. Kita juga dapat mengenal saudara islam yang lain tanpa mengira darjat atau pangkatnya.Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan:
KUPASAN PROF. DR ABDUL AZIZ BARI
PROGRAM KLINIK SOLAT
SESEORANG YANG BERJAYA MEMELUK ISLAM
KEMUNCAK KESIHATAN
PROGRAM KHEMAH IBADAH SEK. KEB. SEKSYEN 2
BACAAN YASIN SEMPENA NISFU SYA'BAN
PERASMIAN USAMAH BIN ZAID
CERAMAH ISRA' MIKRAJ
MAJLIS HARI RAYA
PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Sumber Pendapatan
Selain mendapat sumbangan ikhlas dari para jemaah yang mengunjungi masjid ini, sumber pendapatan lain yang diperolehi ialah dari bayaran sewa untuk menggunakan dewan serbaguna. Harga yang dikenakan untuk pengunaan dewan serbaguna adalah tertakluk kepada majlis yang ingin dilakukan. Sebagai contoh, jika ingin membuat majlis perkahwinan, bayaran sewa yang akan dikenakan ialah RM500 dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Bayaran ini hanyalah untuk sewaan dewan. Katering, sewaan meja atau kerusi tidak termasuk. Begitu juga dengan pengunaa dewan kuliah. Sekiranya ingin menggunakan dewan kuliah untuk ceramah dan aktiviti lain, bayaran yang berpatutan akan dikenakan tertakluk kepada berapa jam yang ingin digunakan.
Masalah Masjid
Masalah Maintnance yang tinggi setiap bulan sehingga mencecah hampir RM10,000 sebulan. Masalah ini sahaja yang berlaku kepada masjid ini buat masa ini. Masalah kecurian masih belum berlaku kerana keselamatan masjid ini masih dapat dikawal dengan baik.
Langkah-langkah
Antara langkah-langkah yang saya cadangkan ialah mengurangkan pengunaan elektrik dan pengunaan air yang tidak digunakan. Elakan pembaziran yang berlaku.
Komen
Saya berharap agar keselamatan dan keamanan masjid ini dapat dikekalkan. Segala masalah yang dihadapi akan dapat dibendung dengan jayanya.Saya juga berharap agar para jemaah yang datang untuk menunaikan solat sunat dan wajib akan meningkat dari semasa ke semasa. Terakhir, bersamalah kita menjaga rumah Allah ini dengan sebaiknya tanpa mengharapkan balasan. Sekian.
Pelan Lokasi
Pelan Tapak
Pelan Aras
Bangunan Masjid
Bangunan Sekolah
Bangunan Rumah Kakitangan
Gambaran Masjid
Pemilik Masjid
Senarai Kontraktor
Sumber Rujukan
- ustaz Haji Murshidi bin Abdul Hamid
- website masjid usamah bin zaid; http://masjidusamahbinzaid.blogspot.com/